SPRM rampas dokumen, siasat skandal projek RM500 juta SSM

Kotak yang mengandungi dokumen telah dirampas SPRM dari pejabat SSM bagi membantu siasatan.
Kotak yang mengandungi dokumen telah dirampas SPRM dari pejabat SSM bagi membantu siasatan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Selepas enam jam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa keluar enam buah kotak dari Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berisi dokumen dipercayai bagi menyiasat dakwaan skandal projek melibatkan SSM yang dianggarkan bernilai RM500 juta.

Difahamkan, dua orang pegawai SPRM sebelum itu tiba di pejabat SSM di Jalan Stesen Sentral 5, di sini, kira-kira jam 11 pagi. Dua pegawai berpakaian baju kemeja itu bagaimanapun beredar pada jam 5.10 petang dengan menaiki kereta jenis Honda Civic.

Sementara itu, sumber SPRM ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

"Rampasan dokumen ini bagi menyiasat skandal bernilai RM500 juta itu," katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, SPRM menjalankan siasatan terhadap anak kepada seorang pegawai kanan di SSM kerana dipercayai terlibat dalam dakwaan skandal projek melibatkan SSM yang dianggarkan bernilai RM500 juta.

Penglibatan suspek berusia 20-an itu terbongkar selepas serbuan dilakukan SPRM di tiga syarikat dan di ibu pejabat SSM, Menara SSM, Isnin lalu.Satu daripada syarikat yang diserbu itu dikatakan mempunyai kaitan dengan anak pegawai kanan tersebut.

Difahamkan, anak pegawai kanan terbabit disyaki terlibat dengan rasuah berjumlah ratusan ribu ringgit.

Pada 9 Januari lalu, SPRM telah merampas 69 kotak berisi dokumen perjanjian dipercayai melibatkan dakwaan skandal projek SSM yang dianggarkan bernilai RM500 juta di ibu pejabat SSM.

Artikel Berkaitan:

Kesemua dokumen tersebut dirampas bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa, ketirisan kontrak termasuk dakwaan rundingan terus yang diperkatakan sebelum ini, kerugian di pihak kerajaan dan penipuan kepada orang awam.

Susulan itu, dua kotak lagi mengandungi sebanyak 71 kotak dokumen turut dirampas SPRM pada Jumaat lalu.