Kawalan ketat di laluan penyeludupan PATI kekang Covid-19

Abdul Hamid
Abdul Hamid
A
A
A

GOMBAK - Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan di laluan utama yang digunakan oleh tekong-tekong untuk membawa masuk pendatang tanpa izin (PATI) ke negara ini dalam usaha mengekang penyebaran Covid-19.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya akan mengurangkan operasi sekatan jalan raya di seluruh negara bermula Isnin ini, namun memberi fokus sekatan di laluan kegiatan penyeludupan PATI.

“Laluan berkenaan akan diperkasakan dengan sekatan jalan raya baharu serta dikawal ketat bagi memastikan tujuan utama kita semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk mengekang penyebaran dan penularan wabak Covid-19,” katanya selepas meninjau penugasan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekatan jalan raya di Jalan Rawang – Kuala Lumpur di sini semalam.

Abdul Hamid berkata, selain itu pihaknya akan meningkatkan pemantauan terhadap pematuhan penjarakan sosial sebagaimana diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kita memfokuskan penugasan terhadap penjarakan sosial supaya orang ramai mematuhi arahan untuk menjarakkan diri antara satu sama lain selepas beberapa kelonggaran diumumkan kerajaan.

“Kita menyambut baik keputusan kerajaan untuk membenarkan pengoperasian industri perkilangan semasa PKPB dilaksanakan, namun pemantauan dan penguatkuasaan akan dilaksanakan terhadap semua aktiviti bagi memastikan masyarakat patuh terhadap penjarakan sosial,” katanya.

Artikel Berkaitan: