'Saya jamin Ramli tidak akan lompat parti'

No Image Caption
A
A
A

TANAH RATA – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini memberikan jaminan bahawa calon BN Ramli Mohd Nor bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands tidak akan lompat parti sekiranya beliau menang.

Beliau yang juga pengerusi BN Pahang itu berkata jentera parti itu mempunyai kaedah tersendiri untuk memastikan Ramli tidak lompat parti, sekaligus melenyapkan khabar angin kononnya bekas pesara polis itu akan meninggalkan BN walaupun tidak mewakili mana-mana parti kini sekiranya menang PRK tersebut.

"Saya memberi jaminan, Insya-ALLAH jika Ramli menang, beliau tidak akan lompat parti. Ada cara untuk tidak bagi dia (Ramli) lompat parti...ada caranya," katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat Umno Bahagian Cameron Highlands di sini, hari ini.

Menyentuh mengenai keluhan petani dan isu tanah berstatus tanah pemilikan sementara (TOL), Wan Rosdy berkata kerajaan negeri sedang cuba sedaya upaya menyelesaikan masalah petani secara berperingkat.

"Setakat ini, 51 permit bagi pengusaha pertanian telah dikeluarkan dan 20 permit lagi akan diberikan secara berperingkat, yang penting kerajaan negeri tidak akan rampas tanah mereka.- Bernama

Artikel Berkaitan: