Kecualikan faedah pinjaman elak bebankan rakyat: AMK

Mengenakan faedah pada keadaan yang tidak disangka adalah satu langkah yang tidak adil dan menzalimi peminjam. - Gambar hiasan
Mengenakan faedah pada keadaan yang tidak disangka adalah satu langkah yang tidak adil dan menzalimi peminjam. - Gambar hiasan
A
A
A

ALOR SETAR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa institusi kewangan mengecualikan sebarang faedah pinjaman sepanjang tempoh moratorium ini.

Ketua Penerangannya, Mohd Aizuddin Ariffin berkata, Bank Negara Malaysia dan institusi kewangan harus melihat dari perspektif situasi luar kawalan yang membolehkan faedah dikecualikan kepada peminjam.

Menurutnya, mengenakan faedah pada keadaan yang tidak disangka adalah satu langkah yang tidak adil dan menzalimi peminjam.

"Saya kesal dengan kenyataan Bank Negara Malaysia berkaitan institusi perbankan dalam proses pemformalan perjanjian dengan peminjam. Ini akan menyebabkan institusi perbankan mengenakan kadar faedah atau keuntungan sepanjang tempoh moratorium," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mohd Aizuddin yang juga Timbalan Ketua AMK Kedah berkata, perubahan itu kelak menjadikan kadar atau jumlah pinjaman akhir akan meningkat pada setiap pembiayaan kepada peminjam.

"Jika keputusan ini diimplementasikan, rakyat akan terbeban dan resah sedangkan pandemik Covid-19 belum berakhir," katanya.

Mohd Aizuddin Ariffin
Mohd Aizuddin Ariffin

Artikel Berkaitan: