Doktor 98 tahun mahu terus berkhidmat

Dr Christian Chenay menerusi hantaran BBC News di Youtube.
Dr Christian Chenay menerusi hantaran BBC News di Youtube.
A
A
A

PARIS - Walaupun usia hampir mencecah satu abad, namun Dr Christian Chenay, 98, masih mahu terus berkhidmat memantau tahap kesihatan penghuni di pusat jagaan warga emas di sini.

Beliau yang juga merupakan doktor tertua di Perancis sering membuat lawatan seminggu sekali ke pusat jagaan tersebut.

Menurut BBC News menerusi siaran Youtube, doktor berkenaan masih mengambil berat mengenai kesihatan penghuni pusat jagaan itu ketika penularan wabak koronavirus (Covid-19).

“Semua orang takut, saya kena sentiasa hati-hati. Isteri saya khuatir saya akan membawa pulang virus.

“Saya tidak boleh mengabaikan mereka di saat wabak ini sedang menular. Mereka mungkin tidak mampu mengatasinya sendiri,” jelas Christian Chenay.

Beliau berkata, penghuni pusat jagaan warga emas tersebut bertuah kerana tiada seorang pun yang dijangkiti virus berkenaan.

“Saya sudah berusia hampir 99 tahun, saya patut kurangkan aktiviti atas banyak sebab. Saya bekerja lebih perlahan berbanding sebelumnya dan saya juga perlu berhati-hati,” tambahnya lagi.

Rata- rata netizen memujinya dan menganggap beliau sebagai hero.

Artikel Berkaitan:

“Beliau memang lelaki yang hebat,” komen Matt Chew.

“Saya tabik pada doktor yang berani ini,” komen pula Minad.

Video berkenaan mendapat 36,482 tontonan di Youtube sejak disiarkan dua hari lalu.