Polis atur semula lokasi sekatan jalan raya: KPN

Sebahagian lokasi SJR di seluruh negara akan diatur semula ke lokasi lebih strategik susulan PKPB.
Sebahagian lokasi SJR di seluruh negara akan diatur semula ke lokasi lebih strategik susulan PKPB.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebahagian lokasi sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara akan diatur semula ke lokasi lebih strategik.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

“Sebahagian SJR ini akan dirombak dan dialihkan ke lokasi strategik termasuk bagi menyekat (kemasukan) pendatang tanpa izin,” katanya.

Abdul Hamid turut berkata, pasukan pemantau akan ditambah bagi memastikan orang ramai mematuhi penjarakan sosial.

Terdahulu, Muhyiddin dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja berkata, sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Antaranya, restoran dibenar beroperasi dengan mematuhi SOP perniagaan, aktiviti sukan outdoor (luar) seperti bermain badminton atau tenis di luar tanpa penonton, joging, kayuhan basikal, golf dan larian tidak melebihi 10 orang dibenarkan dengan syarat mengamalkan penjarakan sosial. - Bernama

Artikel Berkaitan: