Covid-19: Orang awam digalak pakai topeng muka

Orang awam kini digalakkan memakai topeng muka ketika berurusan walaupun tidak bergejala. -Foto Bernama
Orang awam kini digalakkan memakai topeng muka ketika berurusan walaupun tidak bergejala. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Orang awam kini digalakkan memakai topeng muka ketika berurusan walaupun tidak bergejala.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pemakaian topeng muka itu bukan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kita menggalakkan orang awam memakainya jika keluar dari rumah," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi panduan individu yang tidak sihat dan bergejala perlu memakai topeng muka bagi mengelakkan Covid-19 menjangkiti orang lain.

Terdahulu dalam Perutusan Khas sempena Hari Pekerja, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, majikan yang mulakan operasi Isnin depan perlu memastikan pekerjanya memakai topeng muka.

Artikel Berkaitan: