Keputusan pembukaan taman rekreasi esok: DBKL

Orang awam sedang beriadah di salah satu taman rekreasi di ibu negara. (Gambar kecil: Nor Hisham Ahmad Dahlan)
Orang awam sedang beriadah di salah satu taman rekreasi di ibu negara. (Gambar kecil: Nor Hisham Ahmad Dahlan)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengumumkan keputusan berhubung pembukaan taman rekreasi di bandar raya ini esok.

Pengumuman tersebut akan dibuat oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kebenaran melakukan aktiviti sukan tidak melebihi 10 orang mulai Isnin ini.

"Saya buat keputusan esok," katanya kepada Sinar Harian ketika ditanya mengenai pembukaan beberapa taman rekreasi antaranya Taman Tasik Titiwangsa, Bukit Kiara dan Taman Tasik Perdana.

ARTIKEL BERKAITAN: Aktiviti sukan tidak melebihi 10 orang dibenarkan

Perdana Menteri dalam perutusan khas hari ini berkata, antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah badminton, tenis, joging, termasuk berbasikal dengan syarat orang ramai mengamalkan penjarakan sosial.

Bagaimanapun, katanya, aktiviti melibatkan perhimpunan ramai dan sentuhan badan tidak dibenarkan termasuklah sukan bola sepak, ragbi, renang di tempat awam dan semua acara sukan indoor serta stadium.

Artikel Berkaitan: