Kaunter pertanyaan Geran Khas Prihatin mula beroperasi hari ini, esok

LHDNM
LHDNM
A
A
A

PUTRAJAYA - Orang ramai kini boleh menghubungi Hasil Care Line (HCL) bagi sebarang pertanyaan berkaitan permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) pada 1 dan 2 Mei bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, GKP merupakan inisiatif diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai satu inisiatif bagi membantu syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro dalam aliran tunai perniagaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Geran Khas sebanyak RM3,000 disediakan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin PKS) kepada setiap syarikat PKS mikro yang layak dan dijangka memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara.

"Selain menghubungi HCL orang ramai juga boleh mengajukan sebarang pertanyaan berkaitan GKP kepada LHDNM melalui HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDNM serta melalui media sosial Facebook dan Twitter rasmi LHDNM," katanya.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan boleh menghubungi HASiL Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-89111100 (luar negara) selain melalui HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDNM atau melayari portal rasmi www.hasil.gov.my.

Artikel Berkaitan: