Tempoh cadangan Belanjawan DBKL dilanjut sehingga 18 Mei

Hebahan berhubung lanjutan tempoh penyaluran idea dan cadangan Belanjawan DBKL 2021 yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi mereka.
Hebahan berhubung lanjutan tempoh penyaluran idea dan cadangan Belanjawan DBKL 2021 yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi mereka.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tempoh bagi sebarang penyaluran idea dan cadangan Belanjawan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2021 akan dilanjutkan sehingga 18 Mei ini.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khairul Azmir Ahmad berkata, keputusan bagi melanjutkan tempoh tersebut dibuat susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.

Beliau berkata, idea dan cadangan daripada orang awam amat dialu-alukan bagi memastikan DBKL dapat merangka belanjawan mengikut keperluan warga kota.

"DBKL mempelawa semua warga kota untuk mengemukakan idea dan cadangan masing-masing menerusi capaian portal Belanjawan DBKL 2021 di https://cutt.ly/ideabelanjawandbkl," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak 16 Mac lalu, DBKL membuka sebarang cadangan dan penyaluran idea daripada warga Kuala Lumpur dalam merangka belanjawan berkenaan.

Mengulas lanjut, Khairul Azmir berkata, idea dan cadangan yang ingin diberikan perlu mengikut lapan program utama yang telah ditetapkan sebelum ini.

"Lapan program berkenaan adalah Pembersihan Bandar dan Kesihatan; Kemudahan Infrastruktur Jalan Raya, Sistem Lalu Lintas dan Saliran; Penghijauan, Kemudahan Taman dan Kemudahan Rekreasi; Penyelenggaraan Perumahan Awam dan Perumahan Rakyat; Kesejahteraan Komuniti; Pengurusan Penjaja dan Peniaga Kecil; Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan serta Kemudahan Awam Lain," katanya.

Tambah beliau, DBKL berharap warga Kuala Lumpur dapat menggunakan peluang ini bagi bersama-sama memberikan percambahan idea dalam membentuk belanjawan yang memenuhi aspirasi semua pihak," katanya.

Artikel Berkaitan: