147 calon peroleh Mumtaz

Azhar (tiga, kanan) menunjukkan keputusan cemerlang calon STAM tahun lalu.
Azhar (tiga, kanan) menunjukkan keputusan cemerlang calon STAM tahun lalu.
A
A
A

KOTA BHARU – Seramai 147 pelajar memperoleh keputusan Mumtaz dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), tahun lalu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, Azhar Salleh berkata, dari jumlah itu 20 daripadanya merupakan pelajar cemerlang apabila memperoleh 10 mumtaz bagi setiap matapelajaran.

Menurutnya, ia menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu seramai 139 calon.

“Seramai 407 calon pula mendapat pangkat Jiddan iaitu keputusan amat baik manakala 656 calon dengan keputusan Jayid.

“Bilangan calon yang lulus iaitu pangkat makbul dalam peperiksaan ini juga meningkat iaitu seramai 164 berbanding 148 calon tahun lalu,” katanya, ketika pengumuman keputusan STAM di Pejabat Yik, hari ini.

Azhar berkata, seramai 2,070 pelajar dari sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) menduduki peperiksaan berkenaan di 25 pusat peperiksaan.

Artikel Berkaitan: