Pasar raya terbakar waktu sahur

Dinding terpaksa dipecahkan untuk memudahkan operasi pemadaman.
Dinding terpaksa dipecahkan untuk memudahkan operasi pemadaman.
A
A
A

KOTA BHARU - Sebuah pasar raya di Kedai Mulong di sini hangus terbakar jam 4 pagi tadi dan memusnahkan lebih 80 peratus barangan jualan.

Kejadian tersebut disedari pengawal keselamatan dan memaklumkan kepada pengurus pasar raya itu.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Penguasa Kanan Bomba II (PgKB II), Syobirin Abd Kadir berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.31 pagi dan dan tiba di lokasi kejadian 4 minit kemudian.

Pasaraya tersebut mengalami kemusnahan sehingga 80 peratus.
Pasaraya tersebut mengalami kemusnahan sehingga 80 peratus.

"Kami hantar 40 anggota memandangkan kebakaran agak besar dan semuanya berjaya dipadamkan pada jam 6.35 pagi. Buat masa sekarang ini punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Menurutnya, api marak dengan cepat dan setibanya pasukan bomba ke lokasi kejadian, pasar raya tersebut sudah pun 70 peratus terbakar.

40 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
40 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, pihaknya juga berdepan kesukaran memadamkan api memandangkan pasar raya ditutup rapi dan memaksa mereka memecahkan dinding untuk membuat laluan ke bahagian dalam.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, turut membantu operasi pemadaman melibatkan 15 anggota polis yang mengawal lalu lintas dan menyuraikan orang ramai.