54 pelajar Aswara pulang ke kampung

Antara pelajar Aswara yang pulang menaiki bas malam tadi.
Antara pelajar Aswara yang pulang menaiki bas malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 54 pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan Malaysia (Aswara) berangkat pulang ke kampung halaman masing-masing pada malam tadi.

Rektor Aswara, Prof Madya Dr Sahar Sa'di Hashim berkata, kesemua pelajar bergerak menaiki lima bas pulang mengikut zon ke utara, selatan, tengah dan timur serta Perak bermula jam 9 malam.

Menurutnya, pelajar terdahulu menjalani ujian saringan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pagi ini sebelum dilepaskan pulang.

"Alhamdulillah, hari ini pelajar yang kita jaga sejak 16 Mac lalu dan diberikan segala kemudahan termasuk makan boleh pulang ke kampung masing-masing sementara 40 lagi pelajar dari Sabah dan Sarawak dijangka pulang 5 Mei nanti dan kini dalam proses penyediaan tiket yang semuanya ditanggung oleh pihak Aswara," katanya ketika meninjau penghantaran pelajar pulang di Aswara, Jalan Tun Ismail, semalam.

Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah Aswara, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan Alumni Aswara juga pelakon, Zul Huzaimy Marzuki.

Muhammad Nasir (kiri) membekalkan makanan kepada pelajar yang berangkat pulang ke kampung malam ini.
Muhammad Nasir (kiri) membekalkan makanan kepada pelajar yang berangkat pulang ke kampung malam ini.

Dr Sahar berkata, pelajar akan kembali pulang ke kampus pada pembukaan semester baru pada 1 Jun.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan kerajaan membenarkan penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, termasuk politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pulang ke kampung secara berperingkat bermula Isnin lalu.

Artikel Berkaitan:

Waktu perjalanan dibenarkan bermula jam 9 malam sehingga 9 pagi bagi mengelak kesesakan selain setiap bas dihadkan kepada 20 penumpang sebagai langkah penjarakkan sosial.