Agensi penarafan kredit di Asia

Gambar hiasan -Foto 123rf
Gambar hiasan -Foto 123rf
A
A
A

BUMI itu bulat. Perkara yang berlaku di Timur juga akan berlaku di Barat. Melangkaui Jepun, misalnya, terdapat pulau-pulau seperti kepulauan Midway, Hawaii, akhirnya sampai ke pantai Barat Amerika Syarikat (AS).

Namun, agensi penarafan kredit, sama ada Fitch, Moody’s dan Standards & Poor, sering membuat analisis yang salah. Mereka tidak dapat menjangka krisis kewangan global atau krisis Subprima pada tahun 2008-2009. Mereka juga tidak menduga kebarangkalian krisis seperti pandemik yang sedang berlaku ini.

Malah, penarafan kredit di China, Jepun, Korea Selatan dan Hong Kong, juga wujud. Di Malaysia, Badan Penarafan Malaysia (Ratings Agency Malaysia) mempunyai kawalan majoriti di Malaysia dan bukannya Standards & Poor’s, terdapat sumber mengatakan mereka ingin memilikinya.

Tetapi tanpa mengira syarikat manakah yang mahu memberi penarafan kredit di sesebuah negara atau syarikat, ia terletak kepada penanda aras yang boleh dipercayai atau boleh digunakan.

Sebagai contoh, Moody’s, menilai Malaysia pada tahap A3 berdasarkan ketahanan ekonomi dan pentadbiran, termasuk rizab yang sihat, kemampuan untuk melunaskan hutangnya dan kemampuan untuk bertahan dengan kejadian yang tidak diduga. Walaupun penarafan itu boleh dibanggakan, namun harus diingat bahawa Malaysia, tidak seperti negara lain yang terjejas dengan Covid-19, berada tepat di tengah-tengah ribut yang sedang melanda.

Covid-19 bukannya kejadian yang biasa. Ia letusan supernova kepada ekonomi makro dan mikro yang tidak pernah terjadi sejak zaman kemelesetan pada tahun 1920-an disebabkan polisi proteksionis yang dilaksanakan oleh AS; seperti yang termaktub dalam Akta Smoot-Hawleys yang sudah tidak digunakan lagi sekarang.

Covid-19 tidak hanya mencetuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, ia juga menutup penerbangan ke semua syarikat penerbangan termasuk Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Air Asia dan keseluruhan industri penerbangan.

Di Hong Kong, lapangan terbang antarabangsa HK telah menyaksikan penutupan sepenuhnya satu lorong laluan kapal terbang. Di Singapura pula, salah satu terminal lapangan terbang antarabangsa Changi telah ditutup. Hanya lima peratus sahaja laluan udara yang masih beroperasi untuk kargo fizikal dan jumlah terhad pelancong yang berani. Dalam erti kata lain, dua daripada logistik utama Asia telah runtuh sepenuhnya.

Artikel Berkaitan:

EkonomiMalaysia kini beroperasi dalam krisis yang buruk dengan keadaan ekonomi yang teruk di seluruh rantau ini, walaupun terdapat beberapa negara dapat mengekang penyebaran Covid-19 seperti Taiwan, China, Korea Selatan dan Vietnam.

Oleh itu, sekiranya agensi penarafan kredit itu boleh dipercayai, tanpa sebarang keraguan, ia mesti datang daripada agensi penarafan kredit Asia yang bangkit daripada kemelesetan ekonomi sekarang.

Sebagai contoh, apabila agensi penarafan kredit China cuba menilai kekuatan entiti seperti Arab Saudi dan Nigeria, mereka menilai berdasarkan pertimbangan sewajarnya terhadap rizab minyak mereka yang besar dan sejauh mana mereka dapat mengekalkan ekonomi Asia.

Sejak Covid-19 telah mengubah landskap perniagaan sepenuhnya di seluruh dunia, penarafan kredit dalam ekonomi Asia mesti mengambil kira sejauh mana ekonomi itu dapat berkembang daripada luar talian kepada ekonomi dalam talian. Tanpa penanda aras yang relevan terhadap e-dagang, penarafan kredit oleh negara asing, terutamanya daripada Barat tidak perlu diambil kisah.

Malahan, salah satu sebab kredit bubble kerana Barat masih terus beroperasi. Seandainya Barat menghadapi masalah kewangan, seperti yang dicetuskan oleh Covid-19 ini, para pembuat dasar mereka terpaksa menyuntik bertrilion AS$ dan Eurobond ke dalam sistem kewangan. Ia bukan satu jalan penyelesaian, ia hanya melambat-lambatkan sesuatu isu yang sulit.

Asia boleh bangkit semula seperti phoenix apabila dapat melakukan peralihan, berdasarkan penarafan daripada agensi Asia itu sendiri dan bukannya agensi palsu daripada Barat. Seperti yang diketengahkan oleh Institusi Penyelidikan CIMB Asean pada tahun 2011. (https://www.cariasean.org/news_category/commentaries/page/6/)

* Dr Rais Hussin ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Parti