KWSP umum pengurangan yuran untuk skim pelaburan anggota

KWSP
KWSP
A
A
A

KUALA LUMPUR – Anggota Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang layak melabur di bawah Skim Pelaburan Anggota KWSP (EPF MIS) boleh mendapat pengurangan yuran pendahuluan yang dikenakan oleh Institusi Pengurusan Dana (FMI) mulai 1 Mei 2020.

Pengurangan ini membabitkan tempoh 12 bulan dan berakhir pada 30 April 2021, ini akan membenarkan anggota mempelbagaikan portfolio persaraan mereka pada kos yang lebih rendah.

Untuk pelaburan yang dibuat melalui ejen, yuran pendahuluan akan dikurangkan daripada jumlah maksimum sebanyak 3.0 peratus kepada 1.5 peratus, manakala tiada yuran pendahuluan akan dikenakan ke atas pelaburan i-Invest melalui i-akaun KWSP.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Tunku Alizakri Alias berkata, anggota yang layak dan celik kewangan mungkin mahu mengambil kesempatan daripada struktur yuran yang lebih rendah ini bagi mengoptimumkan pulangan dan mempelbagaikan portfolio mereka berdasarkan pelan persaraan mereka.

"Ia juga amat bertepatan pada masa memandangkan aliran menurun pasaran semasa menawarkan peluang untuk melabur dalam dana di bawah nilai.

"Bagaimanapun, kami menggesa anggota untuk melakukan penyelidikan dan analisis yang betul, menggunakan pelbagai alat yang tersedia dalam platform i-Invest, sebagai contoh, untuk memastikan sesuatu dana memenuhi strategi pelaburan jangka panjang mereka dan sesuai dengan profil risiko mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menambah KWSP juga akan mengurangkan yuran perkhidmatan yang dikenakan kepada FMI oleh KWSP sebanyak 50 peratus bagi tempoh yang sama untuk membantu memastikan industri pengurusan dana dapat bernafas lega semasa fasa yang mencabar ini.

"Yuran perkhidmatan akan dikurangkan kepada 0.0625 peratus daripada 0.125 peratus, adalah berdasarkan kepada aset di bawah pengurusan (AUM) yang diuruskan oleh FMI dan ia tidak dicaj kepada dana atau anggota

Artikel Berkaitan:

"Untuk anggota berumur 55 tahun dan ke atas, yang berurus niaga melalui i-Invest, yuran perkhidmatan yang dikenakan kepada FMI oleh KWSP kini dikurangkan kepada 0.125 peratus daripada 0.250 peratus bagi setiap jumlah pengeluaran," katanya.

KWSP juga ingin mengingatkan anggota bahawa pengurangan yuran ini hanya dikenakan ke atas pelaburan yang dibuat di bawah EPF MIS dan tidak tertakluk kepada transaksi atau perkhidmatan KWSP yang lain, seperti yang dinyatakan oleh pihak-pihak tertentu. - Bernama