Pelajar STAM capai Mumtaz Sofi kongsi pengalaman

Seramai 20 pelajar yang mencapai pangkat Mumtaz pada peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 yang diumumkan hari ini.
Seramai 20 pelajar yang mencapai pangkat Mumtaz pada peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 yang diumumkan hari ini.
A
A
A

MELAKA - Kesungguhan seorang pelajar Sekolah Menengah Arab (Jaim) Al-Asyraf, Pulau Sebang, Qamarul Ikmal Sahrudin, 19, yang berulang-alik dari rumahnya di Ayer Molek dengan jarak melebihi 100 kilometer setiap hari membuahkan hasil apabila memperoleh pangkat Mumtaz Sofi dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 yang diumumkan hari ini.

Qamarul Ikmal bersama ayah, Sahrudin Hashim, 46, dan ibu, Tinah Abdul, 47, pada majlis pengumuman dan penyerahan slip STAM 2018 di SMKA Sharifah Rodziah, Telok Emas di sini.
Qamarul Ikmal bersama ayah, Sahrudin Hashim, 46, dan ibu, Tinah Abdul, 47, pada majlis pengumuman dan penyerahan slip STAM 2018 di SMKA Sharifah Rodziah, Telok Emas di sini.



Menurut Qamarul Ikmal yang mendapat gred Mumtaz bagi kesemua 10 mata pelajaran dalam peperiksaan Oktober lalu, tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan selain dari berusaha sehingga berjaya.

Jelasnya, kejayaan itu adalah berkat dari keazaman kuat mahu membalas jasa atas pergorbanan ibu bapa selain dorongan guru-guru serta rakan-rakan.

"Pada awalnya saya gagal memohon STAM, tetapi saya telah membuat rayuan. Bila sudah dapat, permohonan untuk tinggal di asrama di tolak sehingga terpaksa berulang-alik setiap hari. Memang hendak sangat ambil STAM sebab saya ada impian mahu menyambung pelajaran dalam bidang Usuluddin ke Mesir kerana cita-cita mahu menjadi seorang pendakwa.

"Orang kata memang penat belajar, tetapi 1,000 kepenatan itu akan hilang bila mana kedua tapak kaki kita menjejaki tangga kejayaan," katanya selepas majlis pengumuman dan penyerahan slip STAM 2018 oleh Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Abu Bakar Sahari di SMKA Sharifah Rodziah, Telok Emas di sini.

Pelajar mendapat Mumtaz Sofi, Wan Muhammad Izzat bangga menunjukkan slip peperiksaannya kepada kedua ibu bapa, Wan Aminordin Wan Kamaruddin, 49 dan Rohana Junoh, 48.
Pelajar mendapat Mumtaz Sofi, Wan Muhammad Izzat bangga menunjukkan slip peperiksaannya kepada kedua ibu bapa, Wan Aminordin Wan Kamaruddin, 49 dan Rohana Junoh, 48.

Turut berkongsi kejayaan memperoleh pangkat Mumtaz Sofi dengan mendapat gred cemerlang bagi kesemua 10 mata pelajaran, Wan Muhammad Izzat Wan Aminordin, 19, dari Bachang yang juga dari sekolah sama.

Menurut Wan Muhammad Izzat, selama hampir setahun dia telah korbankan banyak masa menumpukan pelajaran serta menghafal.

Artikel Berkaitan:

"Dalam tempoh tersebut saya telah berkorban kurangkan bermain dan lebih penting setiap kali ada masa rehat, saya curi masa untuk menunaikan solat dhuha, jaga sunat tahajud serta merapatkan hubungan dengan ALLAH SWT," katanya.

Di samping itu, anak kedua dari lima beradik ini turut berhasrat untuk melanjutkan pelajar dalam bidang Syariah di universiti pengajian tinggi tempatan seperti Universiti Malaya (UM) atau Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pasangan kakitangan awam, Mohd Sani Mokhtar, 53, bersama isteri Masritawati Mohd Sahat, 45, meraikan kejayaan anaknya, Nur Syamimi yang memperolehi pangkat Mumtaz Jayyid Jiddan di dalam STAM 2018.
Pasangan kakitangan awam, Mohd Sani Mokhtar, 53, bersama isteri Masritawati Mohd Sahat, 45, meraikan kejayaan anaknya, Nur Syamimi yang memperolehi pangkat Mumtaz Jayyid Jiddan di dalam STAM 2018.

Sementara itu, turut bersyukur apabila mendapat Mumtaz Jayyid Jiddan (amat baik) apabila memperolehi keputusan 9 Mumtaz dan satu Jay, pelajar SMKA Sharifah Rodziah, Nur Syamimi Mohd Sani, 19, dari Duyong.

"Bagi saya yang penting sekali dalam pengambilan STAM kena ada minat kerana bila kita ada minat, kita akan bersungguh-sungguh dalam belajar dan terus belajar.

"Di samping itu, amalkan pemakanan yang baik. Emak dan ayah selalu pesan agar tidak makan jajan-jajan dan makanan tidak berkhasiat, amalkan makanan sunah seperti madu," katanya yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang Bahasa Arab ke Mesir dan menjadi seorang profesor.

Dalam pada itu, menurut Abu Bakar, seramai 20 orang pelajar memperolehi Mumtaz berbanding hanya tujuh pelajar tahun sebelumnya manakala dua daripadanya mendapat pangkat Mumtaz Sofi.

"Tahun ini, Melaka mencatatkan pencapaian terbaik sejak 2014, bilangan yang mengambil peperiksaan juga paling ramai iaitu seramai 125 pelajar dan yang paling ramai mendapat Mumtaz.

"Saya mengucapkan tahniah kepada semua guru terlibat, pelajar dan tidak ketinggalan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang telah bersama menyokong pelajar," katanya.