X

Kindly register in order to view this article
!

Kluster HUS, tiada kes berpunca ketika kendali pesakit di wad

Noor Hisham bercakap pada sidang media mengenai perkembangan semasa wabak Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 56 kakitangan Hospital Umum Sarawak (HUS) yang disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19) setakat ini bukan berpunca daripada pengendalian kes wabak itu dari wad atau rawatan rapi di hospital tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kebanyakan kes positif itu berkait rapat dengan kluster terbesar di Kuching iaitu persidangan keagamaan di sebuah gereja.

"Berdasarkan siasatan setakat ini, tiada kes yang berpunca daripada pengendalian kes yang disahkan positif dari wad Covid-19 dan unit rawatan rapi (ICU) di hospital tersebut.

"Sehingga 29 April, seramai 2,003 orang kontak rapat telah dikenalpasti susulan aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif yang dijalankan oleh KKM. Seramai 1,950 anggota kesihatan didapati negatif ujian pengesanan Covid-19," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, susulan penularan jangkitan wabak itu, langkah pengekangan dan pembendungan yang ketat sedang dijalankan termasuk proses nyahcemar di semua kawasan yang berkaitan, mobilisasi anggota dari hospital dan klinik kesihatan berdekatan, pengaturan tempat kediaman anggota kesihatan dan sebagainya.

"Semua anggota kesihatan yang terbabit akan menjalani ujian saringan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

"Langkah-langkah pembendungan secara aktif ini telah diambil bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan di HUS adalah terjamin," katanya.

Katanya, sehingga kini, perkhidmatan kritikal di HUS berjalan seperti biasa dan KKM memantau rapi situasi berkenaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!