Lelaki mati dihempap pokok

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian setelah dihempap pokok ketika menunggang motosikal di Kampung Pelam, Hulu Terengganu, hari ini.
A
A

HULU TERENGGANU - Seorang lelaki maut dihempap pokok tumbang ketika sedang menunggang motosikal dalam satu kejadian yang berlaku di Kampung Pelam, di sini, hari ini.

Difahamkan, dalam kejadian berlaku sekitar jam 2 petang itu, mangsa Azahari Abdul Rahman, 40, beralamat di Kampung Paloh Nyior dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah daripada tempat kerja.

Mangsa yang berkerja sebagai pekerja ladang di Kampung Pelam dihempap sebatang pokok getah dan difahamkan pokok tersebut telahpun mati lebih kurang dua tahun lalu.

Malah, Sinar Harian turut difahamkan sebelum ini telah ada aduan daripada pengguna jalan raya kepada pihak berkenaan agar pokok itu ditebang kerana membahayakan keselamatan namun tiada sebarang tindakan.

Sementara itu, Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Mohd Adli Mat Daud mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan maklumat lanjut akan menyusul.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia