Kilang gagal patuhi garis panduan KKM akan ditutup

Dr Noor Hisham bercakap pada sidang media mengenai perkembangan semasa wabak Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Dr Noor Hisham bercakap pada sidang media mengenai perkembangan semasa wabak Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PUTRAJAYA - Pemilik kilang yang gagal mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdepan dengan penutupan premis.

Amaran itu dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, kementerian akan melakukan pemantauan dari masa ke masa bagi memastikan pematuhan garis panduan tersebut.

"Kita ada prosedur operasi standard (SOP), jika gagal patuhi KKM akan ambil tindakan untuk menutup kilang berkenaan bagi memberi masa untuk mereka mematuhinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenainya pengabaian penjarakan sosial oleh pekerja sebuah kilang di Kulai, Johor.

Terdahulu beberapa keping gambar tular di media sosial pekerja kilang beratur tanpa jarak selamat satu meter untuk memasuki premis tersebut.

Artikel Berkaitan: