Hampir 70 penunjuk perasaan cedera ditembak

Orang ramai membantu seorang wanita yang cedera selepas kakinya terkena tembakan dilepaskan polis anti rusuhan.
A
A

HARARE - ZIMBABWE. Doktor di Zimbabwe berkata mereka telah merawat hampir 68 penunjuk perasaan yang ditembak ketika menyertai protes kenaikan harga petrol di ibu negara, minggu ini.

Pertubuhan Doktor Zimbabwe bagi Hak Asas Manusiai (ZADHR) mendakwa daripada jumlah tersebut, 17 orang terpaksa menjalani pembedahan kecemasan.

Protes kenaikan harga petrol di Harare bertukar ganas apabila polis anti rusuhan menggunakan kekerasan bagi menyuraikan perhimpunan. - Reuters


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia