Hantar bantuan ke pusat operasi untuk mudahkan agihan

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Badan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang mahu menyalurkan bantuan makanan dan keperluan asas kepada penduduk di kawasan Perintah kawalan Pergerakan Diperketatakan (PKPD) disarankan menghantarnya ke pusat operasi di lokasi tersebut.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia memudahkan bantuan tersebut diselaraskan sebelum diagihkan selain mengelakkan keciciran penerima.

“Saya pernah berjumpa dengan NGO yang menghantar terus bekalan makanan terus ke rumah di kawasan PKPD. Jika dihantar terus di mana pusat operasi tidak mengetahuinya.

“Akhirnya ada yang tidak menerima bantuan, ada yang dapat bantuan secara berlebihan. Sebab itu kita sarankan supaya hantar ke pusat operasi untuk diagihkan sama rata kepada setiap penduduk,” katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Keselamatan di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: