3,841 pelajar IPT lagi dihantar pulang

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Perdana Putra hari ini. -Foto Bernama
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Perdana Putra hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 3,841 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi zon Timur, zon Perak, zon selatan dan zon Sarawak dihantar pulang ke kampung, hari ini.

Pergerakan pelajar intra-zon itu melibatkan Pahang, Kelantan dan Terengganu untuk zon timur; Perak untuk zon Perak; Negeri Sembilan, Johor, dan Melaka untuk zon Selatan manakala Sarawak untuk zon Sarawak.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 1,029 pelajar di zon timur dijadualkan berlepas pada jam 9 malam ini melibatkan 80 buah bas dan 73 buah kenderaan persendirian.

Menurutnya, pergerakan di zon timur melibatkan 23 pusat pelepasan dan 31 kawasan destinasi pelajar di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

"Seramai 519 pelajar di Perak juga akan dihantar pulang. Pelajar bertolak seawal jam 9 pagi tadi dan dijangka selesai pada jam 5 petang. Pergerakan ini melibatkan 25 buah bas.

"Seramai 1,366 pelajar dalam zon selatan dihantar melibatkan 76 buah bas yang dijadualkan berlepas pada jam 9 malam ini.

"Bagi Zon Sarawak, seramai 280 pelajar terlibat dan pergerakan penghantaran pulang melibatkan 25 bas ini telah bermula jam 9 pagi tadi dan dijadualkan selesai pada jam 9 malam ini," katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyurat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Beliau berkata, seorang wakil keluarga akan menjemput pelajar di Ibu Pejabat Polis (IPD) atau Pejabat Daerah yang telah dikenalpasti.

Artikel Berkaitan:

"Bagi keluarga yang tidak dapat menjemput pelajar di lokasi ketibaan, urusan penghantaran akan diuruskan oleh agensi kerajaan yang terlibat," katanya.