11 gelandangan disaring menerusi operasi khas

Pihak penguat kuasa berusaha memujuk gelandangan menerusi operasi khas sekitar Pelabuhan Klang semalam.
Pihak penguat kuasa berusaha memujuk gelandangan menerusi operasi khas sekitar Pelabuhan Klang semalam.
A
A
A

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) berjaya memujuk gelandangan menjalani saringan kesihatan koronavirus (Covid-19) apabila 11 daripadanya akur dengan pihak berkuasa tempatan itu menerusi operasi khas dilaksanakan di sekitar Pelabuhan Klang semalam.

Menerusi kemas kini di laman Facebook, MPK memberitahu, terdapat gelandangan melarikan diri apabila melihat sepasukan polis menghampiri mereka.

Difahamkan, operasi itu diselaraskan oleh MPK bersama Pejabat Daerah dan Tanah (PTD) Klang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Kesihatan Daerah Klang dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turun padang ke lokasi dikenal pasti bagi memujuk gelandangan terlibat menjalani saringan kesihatan berkenaan.

Antara gelandangan yang menjalani saringam kesihatan tersebut.
Antara gelandangan yang menjalani saringam kesihatan tersebut.

"Terdapat dua gelandangan turut dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang kerana dikenal pasti mempunyai sakit jantung dan tibi," katanya.

Katanya, Pejabat Kesihatan Daerah Klang mengambil tanggungjawab membuat pengasingan bagi mana-mana gelandangan yang kurang sihat untuk tujuan pemantauan.

Katanya, penempatan sementara gelandangan ini turut dibuka di Dewan Pelabuhan Klang bagi memudahkan proses pemantauan dilakukan.

Artikel Berkaitan: