Komander redah pedalaman hulur bantuan

Anggota tentera redah kawasan pedalaman hulur bantuan.
Anggota tentera redah kawasan pedalaman hulur bantuan.
A
A
A

BANGKOK - Sebanyak 39 bantuan berupa makanan dihulurkan oleh angkatan tentera kepada penduduk di kawasan pedalaman di Mueang di sini.

Menerusi perkongsian di Facebook, pasukan komander khas angkatan tentera telah menunggang motosikal kapcai membantu mengedarkan bantuan kepada golongan memerlukan.

Apa menariknya, anggota teruja melaksanakan kebajikan walaupun terpaksa meredah kawasan pedalaman dengan hanya menunggang motosikal bagi memastikan bantuan dihulurkan kerana tidak mahu rakyat tercicir daripada menerima bantuan kerajaan kerana mereka dilarang keluar rumah semasa wabak koronavirus (Covid-19).

Anggota tentera hulur bantuan kepada penduduk.
Anggota tentera hulur bantuan kepada penduduk.

Menerusi status Facebook, rakyat di daerah itu mengalami kekurangan bekalan makanan setelah sektor pekerjaan ditutup gara-gara Covid-19 hingga ramai hilang sumber pendapatan.

Perkongsian menyentuh hati itu meraih perhatian netizen dan mereka mengucapkan terima kasih kepada tentera yang sentiasa bersedia ketika rakyat memerlukan bantuan.

Wichai Yooyang berkata, "Terima kasih atas bantuan dan menjaga masyarakat terutama ketika dilanda kesusahan."

Kata Titapase, "Tahniah atas kerja keras kamu. Anda hero kami."

Artikel Berkaitan: