Covid-19: Kelantan terima sumbangan RM50 ribu

Ahmad (kiri) menerima replika cek berjumlah RM50,000 daripada Kelmedic Sdn Bhd.
Ahmad (kiri) menerima replika cek berjumlah RM50,000 daripada Kelmedic Sdn Bhd.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menerima sumbangan kewangan berjumlah RM50,000 daripada syarikat Kelmedic Sdn Bhd dalam berdepan wabak koronavirus (Covid-19).

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sumbangan tersebut bagi menampung kewangan kerajaan negeri dalam menyalurkan bantuan kepada golongan terkesan ekoran Covid-19.

“Sumbangan ini diterima untuk sama-sama membantu kerajaan meringankan beban kumpulan berpendapatan rendah dan miskin yang hadapi kesukaran akibat Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya hari ini.

Sumbangan tersebut diserahkan Pengarah Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin), Azi Rahimee Mohamed mewakili Kelmedic Sdn Bhd.

No Image Caption

Kelmedic Sdn Bhd adalah syarikat pemaju yang mula terlibat dalam pembangunan di negeri Kelantan sejak 1997 dan turut menyertai usaha mengekang wabak Covid-19 sebagai sumbangan kembali kepada masyarakat tempatan.

Kelmedic Sdn Bhd juga syarikat usahasama Kumpulan Malvest dan Yakin merupakan pemaju bagi Troika Kota Bharu iaitu projek bangunan tertinggi di Kelantan.

Dalam perkembangan lain, sejak 13 hari berturut-turut sehingga semalam, tiada pertambahan kes Covid-19 baharu dicatatkan di Kelantan.

Artikel Berkaitan:

Kelantan mencatatkan 155 kes keseluruhan dengan kekal tiga kematian.