Kontrak niaga hadapan KLCI dibuka tinggi

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi pasaran tunai yang positif.

Pada jam 9.12 pagi, April 2020 meningkat 9.5 mata kepada 1,393.50, Mei 2020 menambah 8.0 mata kepada 1,390.0, Jun 2020 naik 8.0 mata kepada 1,385.5 dan September 2020 menokok 10.0 mata kepada 1,378.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,326 lot manakala minat terbuka pada 36,223 kontrak.

Petunjuk pasaran, FBM KLCI naik 11.68 mata kepada 1,391.98 selepas 30 minit dagangan. - Bernama

Artikel Berkaitan: