Lelaki meninggal dunia selepas solat Subuh

Lelaki ditemui meninggal dunia di masjid diperiksa petugas perubatan. - Foto Detik News
Lelaki ditemui meninggal dunia di masjid diperiksa petugas perubatan. - Foto Detik News
A
A
A

BEKASI - Seorang lelaki berusia 51 tahun meninggal setelah menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Alzahidin Perum Bekasi Timur Regensi, Bekasi, Jawa, Indonesia.

Ketua Perhubungan Awam Polis Bandaraya Bekasi, Komisioner Erna Ruswing mengesahkan kejadian itu.

"Benar, seorang jemaah lelaki meninggal dunia di dalam masjid sebaik selesai solat Subuh.

"Kejadian berlaku jam 5.20 pagi dan jemaah itu tiba-tiba rebah bagaimanapun saksi berkata, para jemaah tidak berani mendekatinya," katanya kepada Detik News.

Kemudiannya, petugas perubatan lengkap berpakaian khas pelindung diri melakukan pemeriksaan dan mendapati lelaki itu telah meninggal dunia.

"Jenazah dibawa ke hospital. Ahli keluarga juga memberitahu jenazah memiliki rekod penyakit jantung," katanya.

Artikel Berkaitan: