Malaysia Baharu, sudah muncul?

Prof Dr Sivamurugan Pandian. Foto: ROSLI TALIB
Prof Dr Sivamurugan Pandian. Foto: ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian menjelaskan bahawa konteks Malaysia Baharu harus dilihat dalam pelbagai perspektif.

Katanya, antara persepktif yang harus dilihat adalah mengenai penambahbaikan dengan apa yang ada, kedua dengan penjenamaan pasaran baharu ,memperbaiki apa yang rosak dan yang ketiga adalah mencari sesuatu yang benar-benar baharu iaitu sesuatu yang berbeza.

"Kita kena lihat apa yang lama dahulu, dalam konteks lama itu setelah enam dekad dibawah kerajaan BN ada zaman pasang surutnya, ada zaman kegemilangan , akhirnya kita lihat proses modernisasi proses yang membawa satu perubahan di mana kadar celik huruf meningkat, ekosistemnya juga telah berubah dan barangkali apa yang perlu dilihat adalah kegagalan untuk mengurus persepsi di atas harapan daripada masyarakat.

"Dalam konteks ini kita lihat Malaysia baharu ini dirujuk sebagai sama ada mampu untuk menangani isu-isu berkaitan, dan kalau kita lihat akhirnya dirujuk sebagai kota kaki oleh masyarakat sejauhmana kita mampu melahirkan sebuah negara idaman yang betul-betul bersepadu dan baik nilai-nilainya.

"Kalau kita rujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) misalnya, banyak yang telah disenaraikan oleh beliau sebagai Malaysia Baharu antaranya, soal integrasi, soal intergriti, soal keadilan, soal mentadbir urus,

soal undang-undang dan akhirnya melihat sejauhmana kita mampu menangani soal politik kebencian.

"Kalau kita rujuk kenyataan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang pula apabila bertemu dengan pelajar di Sweden beliau menambah dengan kenyataan sejauhmana kita mampu zahirkan keadilan ekonomi dan juga pembentukan bangsa Malaysia.

"Kalau kita rujuk pula kepada kenyataan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin, pula beliau melihat soal kebebasan bersuara, soal sejauhmana kita mampu mengangkat kedudukan masyarakat akhirnya kita lihat sudah berubah kepada soal-soal barangkali disebabkan pendekatan politik identiti diperingkat awal.

Artikel Berkaitan:

"Bagi saya Malaysia Baharu tidak boleh muncul sekelip mata, PH secara rasmi lahir selepas 9 Mei bukannya sebelum, dan kalau kita lihat pembentukan awal pada tahun 2015 di antara PKR, DAP, Amanah meletakkan asas permuafakatan yang akhirnya disertai oleh Bersatu secara rasmi pada Mac 2017, walaupun permuafakatan politik telah wujud pada november-Disember 2016, ikatan itu sebenaranya masih mencari satu formula keserasian yang saya rasa masing-masing ada ideologi dan fahaman politik berbeza, dan mereka masih bergelut mencari tapak

idaman, tapak yang saya rasakan intergrasi politik itu masih lagi belum jelas.

"Malaysia Baharu ini saya rasakan, merupakan satu formula yang dilihat sejauhmana kita mampu untuk memastikan identiti politik dapat diredakan dan dalam masa yang sama diangkat kedudukan sivik tanpa melunturkan harapan yang wujud dalam kalangan pelbagai pihak.

"Kita nak cuba melincinkan yang tidak seimbang meratakan yang berterabur ini merupakan satu usaha yang berterusan tidak boleh wujud dalam sekelip mata.

"tetapi saya rasakan pada 9 Mei yang baharu itu dilihat ialah keupayaan masyarakat untuk menjatuhkan rejim yang telah wujud selama enam dekad, kedua bagaimana kita telah lakukan transisi perlaihan kuasa dengan licin dan lancar dan bagaimana demokrasi itu disuburkan

ketika itu.

"Saya rasakan untuk memahamkan masyarakat tentang perubahan sruktur yang berlaku tetapi harapan saya rasa bukan sekdar kepada perubahan institusi yang diperinkat atasan barangkali yang mahu dilihat segera adalah dengan penghapusan GST apa yang wujud ,dalam konteks baharu yang lain bukanlah sekadar ganti GST, masyarakat juga mahu lihat perubahan struktur itu meredakan keresahan kehidupan rutin mereka.

"Perubahan itu wujud diperingkat atasan, dalam masa yang sama permainan politik masih berterusan tetapi diperingkat bawahan mereka mahu lihat perubahan-perubahan secara langsung dan memberikan impak kepada mereka, dan mereka tak kisah apa yang berlaku dalam konteks institusi tetapi sejauhmana impak kepada diri mereka.

"Mislanya dalam isu kes persekolahan mereka hanya mahu melihat kos perbelanjaan anak mereka semakin meningkat atau berkurangan.

"Jadi saya fikir sepatutnya selepas ini kita bukan lagi dalam fasa bersenang-lenang kerana tempoh masa berbulan madu sudah berakhir, jadi mungkin selepas ini perlu ada perubahan besar,".