Dewan masjid jadi pusat kuarantin pesakit Covid-19

Dewan masjid pusat pendidikan Azam College of Education di wilayah Pune, India yang dijadikan sebagai pusat kuarantin Covid-19. - Foto Pune Mirror
Dewan masjid pusat pendidikan Azam College of Education di wilayah Pune, India yang dijadikan sebagai pusat kuarantin Covid-19. - Foto Pune Mirror
A
A
A

PUNE - Sebuah dewan masjid di pusat pendidikan Azam College of Education di wilayah Pune, India dijadikan sebagai pusat kuarantin susulan pertambahan pesakit positif koronavirus (Covid-19) di negara itu.

Menurut Pune Mirror, dewan masjid berkenaan akan menempatkan sebahagian daripada ratusan pesakit yang telah dijangkiti wabak pandemik tersebut.

Presiden kolej, Dr PA Inamdar berkata, mereka merancang untuk menawarkan lebih banyak lokasi seperti itu kepada kerajaan bagi tujuan fasiliti kuarantin.

“Kita telah buat susunan sekurang-kurangnya untuk 80 suspek yang mempunyai simptom Covid-19. Mereka akan dikuarantin dalam dewan tersebut.

“Buat masa kini, akademik di kampus telah ditangguhkan,” katanya.

Pihak pengurusan juga pada masa yang sama telah melakukan persediaan bagi memudahkan pesakit yang akan ditempatkan mendiami dewan seluas 9,000 kaki persegi berkenaan.

Artikel Berkaitan: