Rokok seludup RM5.7 juta dalam kontena tuala, tikar lantai

JKDM merampas rokok seludup dianggarkan bernilai RM5.7 juta dalam operasi di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang semalam.
JKDM merampas rokok seludup dianggarkan bernilai RM5.7 juta dalam operasi di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang semalam.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas rokok putih bernilai RM5.7 juta yang cuba diseludup ke negara ini di Pelabuhan Utara di sini semalam.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Datuk Zulkurnain Mohamed Yusuf berkata, rampasan itu dilakukan sepasukan pegawai Penguatkuasa Zon Tengah Unit II yang memeriksa sebuah kontena kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui sembilan juta batang rokok putih yang disembunyikan di sebalik guni barangan tuala serta tikar lantai.

JKDM merampas rokok seludup dianggarkan bernilai RM5.7 juta dalam operasi di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang semalam.
JKDM merampas rokok seludup dianggarkan bernilai RM5.7 juta dalam operasi di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang semalam.

"Modus operandi sindiket adalah meletakkan guni besar berisi barangan berupa tikar lantai di bahagian hadapan kontena supaya kotak berisi rokok putih di bahagian belakang tidak dapat dikesan pihak berkuasa.

"Siasatan masih dijalankan termasuk ke atas pengimport dan ejen perkapalan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(g) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 74(1)(e) Akta Eksais 1976.

Katanya, orang ramai digesa membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain.

Artikel Berkaitan:

"Sebarang aktiviti penyeludupan yang dikesan boleh menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam berhampiran. Pihak JKDM memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan," katanya.