Ringgit ditutup tinggi

No Image Caption
A
A
A

RINGGIT ditutup lebih tinggi berbanding dengan mata wang utama yang lain hari ini selepas mendapat momentum positif berikutan para pelabur menanti keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan AS.

Pada 6 petang, unit tempatan itu naik kepada 4.3450/3500 berbanding dolar AS daripada 4.3610/3680 yang direkodkan semalam.

Menurut seorang penganalisis, dengan beberapa ekonomi mula melonggarkan sekatan dan pengurangan pengeluaran oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum mula berjalan dalam minggu ini, ini semua mencerminkan tekanan ke atas permintaan untuk minyak.

"Selepas kemuncak harga, keadaan sekarang bersifat terlebih bekalan, daripada perspektif asas, ini seharusnya memberikan sedikit sokongan kepada ringgit," katanya.

Rizab Persekutuan dijangka mengumumkan keputusan kadar faedah pada 2 pagi hari ini (waktu Malaysia). Sementara itu, para pelabur akan mencari hala tuju mengenai prospek kadar pinjaman bank pusat AS itu memandangkan negara tersebut akan membuka kembali ekonominya secara berperingkat.

Pada penutup, unit tempatan didagangkan lebih tinggi berbanding dengan mata wang utama lain.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0720/0757 daripada 3.0787/0847, naik berbanding yen kepada 4.0790/0849 daripada 4.0872/0945.

Berbanding pound, ringgit meningkat kepada 5.3948/3023 daripada 5.4425/4521, manakala berbanding euro, ia bertambah kepada 4.7165/7228 daripada 4.7404/7493 yang direkodkan sebelum ini.- Bernama

Artikel Berkaitan: