Jangan sesuka hati label orang sesat: JAIS

SHAHZIHAN
SHAHZIHAN
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengingatkan orang awam supaya tidak cepat melemparkan tuduhan kepada seseorang atau sesebuah kumpulan sebagai sesat.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad meminta supaya semua pihak menyerahkan persoalan berkaitan kepada pihak berwajib untuk dijalankan siasatan dan membuat keputusan berhubung perkara terbabit.

"Sesat atau tidak itu adalah urusan fatwa dan mahkamah," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penahanan 238 individu termasuk bayi dalam serbuan di sebuah kawasan penempatan haram di Ulu Rening, Batang Kali, Hulu Selangor semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP: Penempatan di kawasan hutan teroka diserbu polis

Menerusi serbuan kira-kira jam 5 petang itu, mereka yang ditahan terdiri daripada 76 lelaki dan 77 wanita, bakinya ialah kanak-kanak dan bayi.

Mengulas lanjut, Shahzihan berkata, JAIS akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung penahanan itu daripada pihak polis dan akan menjalankan siasatan sekiranya fakta diterima signifikan dengan siasatan dijalankan pihaknya tentang beberapa maklumat awam diterima sebelum ini.

"Soal agama biar pihak berwajib uruskan. Ada tanda-tanda, gerak-gerak dan cara beribadat yang disangsikan, mengadu kepada JAIS dan biar kami siasat.

"Jangan suka tuduh seseorang atau kumpulan sesat," katanya.

Artikel Berkaitan: