13 doktor di Ghana dijangkiti Covid-19

Sekurang-kurangnnya 13 doktor di Ghana dijangkiti Covid-19 akibat menggunakan peralatan perlindungan tidak berkualiti. - Foto sumber internet
Sekurang-kurangnnya 13 doktor di Ghana dijangkiti Covid-19 akibat menggunakan peralatan perlindungan tidak berkualiti. - Foto sumber internet
A
A
A

ANKARA - Sekurang-kurangnya 13 doktor di Ghana dijangkiti koronavirus (Covid-19) akibat menggunakan peralatan perlindungan tidak berkualiti, lapor agensi berita Anadolu.

"Virus menyerang hampir semua orang tanpa mengenal orang kaya, miskin, berpendidikan atau tidak termasuk pegawai kesihatan," kata ahli Persatuan Perubatan Ghana, Paa Baidoo semalam.

Beliau berkata, jangkitan itu disebabkan peralatan yang diedarkan di pusat kemudahan kesihatan tidak berkualiti, sekali gus mengancam nyawa petugas.

Ghana setakat ini merekodkan 1,671 kes Covid-19 dengan 16 kematian manakala 188 pesakit pulih, menurut data Johns Hopkins University.

Ahad lalu, Presiden Nana Akufo-Addo mengumumkan sekatan pergerakan ditarik balik di bandar Accra, Kumasi, Tema dan Kasoa. - Bernama

Artikel Berkaitan: