Pelakon Irrfan Khan meninggal dunia pada usia 53 tahun

Irrfan Khan - Foto The Guardian
Irrfan Khan - Foto The Guardian
A
A
A

PELAKON kelahiran India yang mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang lakonannya di Bollywood dan barat, Irrfan Khan disahkan meninggal dunia pada usia 53 tahun.

Menurut The Guardian, mendiang telah dimasukkan ke unit rawatan intensif di hospital Kokilaben Mumbai pada Selasa kerana jangkitan usus besar.

Pada Mac 2018, mendiang mendedahkan bahawa beliau telah didiagnosis dengan tumor neuroendokrin namun akan pulih setelah menjalani rawatan intensif dan mampu untuk menjalani penggambaran filem Angrezi Medium.

Selain dikenali menerusi Slumdog Millionaire, beliau juga terkenal di Bollywood dengan membintangi filem Haider dan Hindi Medium.

Mendiang dilahirkan oleh ibunya, Saahabzaade Irfan Ali Khan di Jaipur pada tahun 1966 dan merupakan anak seorang penjual tayar.

Setelah gagal sebagai pemain kriket, mendiang pergi ke sekolah drama dan berjuang untuk terus maju dalam industri filem.

Mendiang meninggalkan seorang isteri iaitu Sutapa Sikdar serta dua anak iaitu Babil dan Ayan.

Artikel Berkaitan: