Wanita sembur pensanitasi tangan ke dalam makanan elak Covid-19

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

UNITED KINGDOM - Gara-gara terpengaruh dengan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, seorang wanita British bertindak menyembur cecair pembasmi kuman ke dalam makanan sebelum memakannya.

Menurut Daily Star, tindakan tersebut dilakukannya kerana khuatir bakal menjadi mangsa jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Minggu lalu, Donald Trump menyuarakan cadangan bahawa Covid-19 boleh diatasi dengan cara menyuntik pembasmi kuman dalam badan.

Cadangan tersebut bagaimanapun ditolak oleh pakar perubatan kerana tiada kajian saintifik membuktikan hal tersebut.

Pakar perubatan dan syarikat pengeluar cecair pembasmi kuman akhirnya terpaksa tampil memberikan kenyataan rasmi untuk mengelakkan kejadian berulang lantaran daripada cadangan Trump.

Pengulas politik, Kevin Maguire juga menerusi ciapannya di Twitter turut mengulas perkara tersebut dan mendedahkan akibat kenyataan Trump kepada rakyat.

Artikel Berkaitan: