Mangsa cabul diminta tampil

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN – Individu yang pernah menjadi mangsa cabul seorang penjaga tokong lelaki berusia 54 tahun yang ditahan di Port Dickson kelmarin, diminta tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kes cabul yang dilakukan suspek di negeri ini.

“Itu kes Segamat, Johor, tetapi suspek ditahan di Port Dickson. Namun, jika ada yang menjadi mangsa, saya minta mereka tampil buat laporan.

“Mungkin mangsa malu, tapi kita harap mereka boleh buat laporan kepada kita supaya siasatan boleh dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Semalam media melaporkan, polis menahan penjaga tokong terbabit di sebuah tokong di sekitar Bukit Pelandok, Port Dickson pada jam 12.45 tengah malam kelmarin.

Suspek ditahan selepas didakwa mencabul kehormatan dua remaja lelaki berusia 15 dan 16 tahun dengan melakukan seks oral terhadap mereka.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, secara keseluruhan Indeks jenayah di Negeri Sembilan mencatatkan penurunan 7.43 peratus iaitu sebanyak 3,675 kes dilaporkan pada tahun lalu berbanding 3,970 kes (2017).

Artikel Berkaitan: