X

Kindly register in order to view this article
!

933 pelajar IPT zon utara, Sarawak dihantar pulang bermula hari ini

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 933 pelajar Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) zon Utara dan zon Sarawak mula dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing mulai hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia membabitkan 653 pelajar di Zon Utara dan 280 pelajar di Zon Sarawak.

Menurutnya, terdapat dua pergerakan dalaman bagi negeri Sarawak iaitu hari ini dan esok.

"Hari ini seramai 42 pelajar di Sarawak dihantar pulang ke rumah masing-masing, melibatkan dua buah bas dan satu van. Mereka telah bertolak mulai jam 9 pagi tadi.

"Bagi pergerakan pelajar dalam Zon Utara, ia melibatkan 44 buah bas bagi pergerakan dalam negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

"Pelajar di Universiti Teknologi Mara (UitM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Politeknik dan IPTS di Zon Utara akan bertolak pada jam 2 petang, manakala pelajar dari Universiti Sains Malaysia (USM) akan bertolak pada jam 9 malam ini,"katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyurat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Jelas beliau, terdapat perubahan masa bertolak bagi penghantaran pulang pelajar-pelajar IPT dalam zon yang sama berbeza pada waktu malam sahaja yang dibuat sebelum ini.

"Sebelum ini mereka bertolak dari jam 9 malam hingga 9 pagi. Tetapi hari ini bertolak 2 petang oleh kerana jaraknya dekat.

"Kalau mereka bertolak jam 11 malam, kalau tiga jam sahaja perjalanan tentu mereka akan sampai ke balai-balai polis jam 2 ke 3 pagi. Jadi untuk permudahkan ibu bapa mengambil mereka, kita awalkan pergerakan,"katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail berkata penuntut institut pengajian tinggi (IPT) dari Semenanjung di Sabah dan Sarawak akan dibawa pulang mengikut kaedah sama pelajar di dua buah negeri itu hantar pulang dari Semenanjung.

Katanya, kos bagi tujuan tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan menggunakan pesawat sama yang menghantar pelajar Sabah dan Sarawak dari Semenanjung.

"Ini kebaikan kerajaan pada hari ini di mana kos kita hantar pulang dan kita bawa pulang penuntut ini ditanggung sepenuhnya. Besar kemungkinan pesawat sama yang menghantar pelajar Sabah dan Sarawak di Semenanjung dari Semenanjung akan digunakan,"katanya.

Dalam pada itu Ismail berkata, seramai 88 pelajar dari lima IPT di Zon Utara yang dihantar pulang malam tadi telah selamat tiba ke rumah masing-masing di Zon Tengah.

Ia membabitkan pelajar dari Universiti Malaysia Perlis, (UniMAP); Univerisiti Utara Malaysia (UUM); Univerisiti Sains Malaysia (USM); dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Merbok dan Pulau Pinang.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!