Notis gangguan air palsu: Paip

Notis palsu berkaitan gangguan bekalan air melalui aplikasi WhatsApp.
Notis palsu berkaitan gangguan bekalan air melalui aplikasi WhatsApp.
A
A
A

KUANTAN - Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) membuat laporan polis berhubung penyebaran notis palsu berkaitan gangguan bekalan air di daerah Kuantan yang dijadualkan 23 hingga 24 April lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, pihaknya mengesan penyebaran notis itu selepas ia tular di aplikasi WhatsApp dan laman sosial sebelum ini.

Menurutnya, Paip menafikan notis yang disebarkan itu dikeluarkan agensi itu atau berpandukan kenyataan mana-mana pegawainya.

"Penyebaran notis gangguan air palsu itu satu tindakan tidak bertanggungjawab dan sengaja menimbulkan keresahan orang ramai ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

"Kita mengambil serius perkara ini dengan membuat laporan polis supaya pihak yang tidak bertanggungjawab ini dikenakan tindakan sewajarnya," katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini.

Saiful Zaini berkata, pihaknya meminta orang ramai tidak mudah mempercayai maklumat palsu seperti itu dan minta ia dihentikan.

"Orang ramai boleh melayari laman sesawang Paip di www.paip.com.my untuk mendapatkan sebarang maklumat berkaitan notis bekalan air yang dikeluarkan.

"Orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 09-5739999 untuk sebarang pertanyaan dan aduan," katanya.

Artikel Berkaitan: