Kerajaan benarkan dua individu dalam satu kenderaan: Ismail Sabri

Ismail Sabri -Foto Bernama
Ismail Sabri -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan mengumumkan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa empat antaranya membenarkan dua individu dalam satu kenderaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun individu tersebut mestilah ahli keluarga terdekat dan daripada rumah yang sama.

"Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.4) 2020 telah diwartakan dan berkuat kuasa 29 April 2020 hingga 12 Mei 2020.

Jika dalam PKP sebelum ini kita hanya benarkan seorang sahaja bagi satu kenderaan tetapi untuk PKP empat ini kita beri kelonggaran. Namun ia mestilah keluarga terdekat seperti suami isteri atau ibu dengan anak daripda rumah yang sama," katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyurat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Beliau berkata, menerusi pewartaan baharu itu juga, perjalanan melebihi radius 10 kilometer dari kediaman bagi membeli keperluan harian dan bagi mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan.

“SOP pergerakan sebelum ini membenarkan pergerakan hanya seorang dalam kenderaan bagi radius 10 kilometer dari kediaman dan pergerakan yang melebihi 10 kilometer adalah atas budi bicara Polsi Diraja Malaysia (PDRM).

“Dalam pewartaan terbaru, kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan pergerakan bagi membeli keperluan harian dan bagi mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan boleh melebihi radius 10 kilometer sekiranya keperluan dan perkhidmatan itu tidak terdapat di dalam radius 10 kilometer dari kediamannya,” katanya.

Artikel Berkaitan: