Econsave bantu warga Jengka 17

Rangkaian pasaraya Econsave sentiasa prihatin dengan kebajikan masyarakat setempat.
Rangkaian pasaraya Econsave sentiasa prihatin dengan kebajikan masyarakat setempat.
A
A
A

JENGKA - Sempena dengan kedatangan Ramadan, Econsave cawangan Jengka terpanggil untuk sama-sama berkongsi rezeki dengan menyumbangkan keperluan barangan basah seperti sayur sayuran, buah buahan dan ikan kepada 600 penduduk Felda Jengka 17 yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat, Khamis lalu.

Pengurusan Econsave Cawangan Jengka, Azmi Shuib berkata, pihaknya menyasarkan untuk membantu golongan B40 yang terkesan dengan wabak pandemik Covid 19 sekarang ini.

"Jengka 17 menjadi lokasi pilihan Econsave untuk meneruskan misi tanggungjawab sosial korporat dan keprihatinan kepada masyarakat

"Ini adalah lanjutan kepada bantuan diberikan Econsave kepada 5,000 penerima golongan B40 negeri Johor dan bantuan ini akan diperluaskan kepada golongan B40 di negeri lain," katanya pada majlis tersebut.

Azmi (kiri) membuat penyerahan simbolik pek bantuan kepada Yusof sambil diperhatikan Shahril Azman (kanan) di Felda Jengka 17 Khamis lalu.
Azmi (kiri) membuat penyerahan simbolik pek bantuan kepada Yusof sambil diperhatikan Shahril Azman (kanan) di Felda Jengka 17 Khamis lalu.

Majlis itu turut dihadiri ADUN Jengka, Shahril Azman Abdul Halim; Ketua Peneroka Felda Jengka 17, Yusof Arshad; wakil Felda, Noor Afizah Majid dan Pengurus Econsave cawangan Jerantut, Kamaruddin Ngah Ibrahim.

Barangan bantuan berkenaan diserahkan kepada Noor Zalila Ahmad selaku Penyelaras Bilik Gerakan, Bantuan Covid Jengka 17 untuk diagihkan kepada peneroka di kawasan berkenaan.

Menurutnya, Econsave memperuntukkan RM300,000 untuk golongan sasar dan usaha itu diharap dapat menjadi titik permulaan dan pencetus bantuan daripada pihak NGO yang lain kepada golongan sama.

Artikel Berkaitan:

"Diharap dengan bantuan Econsave ini dapat meringankan beban dan memberi manfaat kepada penerimanya," katanya.