30 penuntut UUM dihantar pulang malam tadi

Penjarakan sosial di dalam bas turut dititik beratkan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pelajar terpelihara.
Penjarakan sosial di dalam bas turut dititik beratkan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pelajar terpelihara.
A
A
A

SINTOK - Seramai 30 penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) bergerak pulang ke kampung mereka malam tadi selepas lebih 40 hari berada di kampus berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) UUM, Profesor Madya Dr Hendrik Lamsali berkata, penghantaran kedua itu bermula yang bermula pada jam 9 malam itu membabitkan seramai 30 penuntut UUM yang tinggal di Zon Tengah.

"Kesemua mereka menaiki lima bas untuk pulang ke destinasi melibatkan Hulu Selangor, Gombak dan Sabak Bernam.

“Selain penuntut UUM, terdapat empat penuntut Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas) yang dihantar pulang kerana UUM adalah Ketua Zon Utara yang merancang, menyelaras dan mengurus penghantaran pulang pelajar dari zon ini,” katanya menerusi suatu kenyataan di sini malam tadi.

Seorang pelajar UUM menjalani ujian saringan kesihatan sebelum dibenarkan pulang ke kampung halamannya malam tadi.
Seorang pelajar UUM menjalani ujian saringan kesihatan sebelum dibenarkan pulang ke kampung halamannya malam tadi.

Menurutnya, proses berkenaan turut mengambil langkah-langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas penghantaran penuntut seperti ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Semua bas yang digunakan untuk menghantar penuntut juga melalui proses nyah kuman oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bukit Kayu Hitam.

"Penuntut yang pulang pada malam ini juga dibekalkan makanan untuk memudahkan mereka bersahur di dalam bas," katanya.

Artikel Berkaitan:

Selain UUM,empat lagi universiti yang terlibat sebagai pusat pelepasan di Zon Utara adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Merbok, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

ARTIKEL BERKAITAN: 88 pelajar IPT zon utara pulang ke zon tengah malam ini