Pembelian panik landa Pyongyang

Pembelian panik di Korea Utara. - Foto Twitter
Pembelian panik di Korea Utara. - Foto Twitter
A
A
A

SEOUL - Penduduk di Pyongyang berdepan pembelian panik bekalan makanan selepas ‘kehilangan’ misteri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un hingga mencetuskan tanda tanya terhadap keadaan kesihatannya.

NK News melaporkan pembelian panik itu kerana langkah lebih ketat bagi mencegah koronavirus (Covid-19) menular di negara itu dan tiada kaitan dengan laporan media asing yang mendakwa Jong-un kini kritikal selepas menjalani prosedur kardiovaskular pada minggu lalu.

Situasi itu turut menyebabkan harga makanan ruji turut meningkat di Korea Utara yang merupakan salah sebuah negara termiskin di dunia.

Dalam perkembangan lain, KCNA melaporkan Jong-un kelmarin ada menghantar mesej kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad, namun tidak memberikan butiran lanjut. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: Keadaan kesihatan Kim Jong-un cetus tanda tanya

Media Korea Utara ‘kunci mulut’

Artikel Berkaitan: