Impact jamin kualiti, standard produk IBS

Menteri Kerja Raya Baru Bian (tengah) melawat kilang bahan binaan selepas melancarkan 'IBS Manufacturer and Product Assessment and Certification (IMPACT)' di Pusat Konvensyen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini. - Foto Bernama
Menteri Kerja Raya Baru Bian (tengah) melawat kilang bahan binaan selepas melancarkan 'IBS Manufacturer and Product Assessment and Certification (IMPACT)' di Pusat Konvensyen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) melancarkan Program Penilaian dan Pensijilan Sistem Binaan Berindustri (IBS) (Impact) dalam usaha memperkasakan ekosistem industri itu.

Impact merupakan kaedah penilaian yang sistematik bagi memberi pengiktirafan dan pensijilan untuk kompenan IBS termasuklah, pengeluar, kontraktor pemasang dan rekabentuk.

Pengerusi CIDB, Tan Sr Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali berkata, dengan adanya proses ujian dan audit bersistematik menerusi Impact, produk IBS yang dihasilkan dapat menjamin kualiti serta mematuhi Standard yang ditetapkan.

"Hanya penggiat industri tempatan yang mempunyai sijil pengesahan produk daripada Sirim atau badan kelayakan yang sah sahaja dibenarkan didaftarkan di bawah Impact," katanya.

Menurutnya, Impact akan dilaksanakan bermula 1 Julai depan bagi memberi masa kepada industri untuk mempersiapkan diri mematuhi syarat- syarat yang ditetapkan.

"CIDB akan terus aktif bekerjasama dengan rakan industri bagi mempromosikan sistem ini pendekatan kepada pemegang taruh.

"Di samping itu juga, CIDB telah meningkatkan kapasiti dan keupayaan bagi memastikan ekosistem Impact dapat menyokong program ini tanpa membebankan penggiat industri," katanya di majlis pelancaran Impact, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Kerja Raya, Baru Bian, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan dan Ketua Pegawai Eksekutif CIDB, Datuk Ir Ahmad 'Asri Abdul Hamid.

Artikel Berkaitan:

Baru Bian dalam ucapan perasmiannya berkata, pelancaran Impact mampu meningkatkan kualiti dan mutu pembinaan.

"Seterusnya, ia boleh menjadikan setanding dengan industri pembinaan di negara maju," katanya.

Sejak tahun 2008, kerajaan telah mewajibkan penggunaan IBS untuk projek-projek kerajaan bernilai RM10 juta dan ke atas dengan 70 skor IBS.

Sementara itu, pada Januari 2018, kerajaan telah mengumumkan bahawa projek-projek swasta bernilai RM50 juta dan ke atas pula diwajibkan untuk menggunakan IBS dengan skor minima 50, menjelang 2020.