X

Kindly register in order to view this article
!

Samun berkumpulan di musim PKP!

A
A

PETALING JAYA - Kelicikan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang mengambil kesempatan melakukan jenayah samun berkumpulan, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akhirnya membawa padah apabila dia ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki itu dipercayai terlibat dalam kes samun di Bandar Utama dekat sini Rabu lalu.

“Hasil risikan, kita telah menyerbu sebuah rumah di Kampung Ampang Indah pada jam 6 petang semalam.

“Kami merampas sepucuk pistol tiruan yang dipercayai digunakan bagi menakutkan mangsa dan kita percaya suspek melakukan jenayah ini secara berkumpulan. Kita akan mengesan rakan suspek yang lain,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Nik Ezanee berkata, remaja itu juga mempunyai 11 kes jenayah lampau melibatkan dadah dan curi kenderaan.

Menurutnya, remaja itu direman dua hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus