Kelantan sifar kes Covid-19

Dr Izani
Dr Izani
A
A
A

KOTA BHARU - Kelantan kekal tiada kes baharu positif koronavirus (Covid-19) pada hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, hari ini, terdapat satu kes sembuh dari Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

“Alhamdulillah, perkembangan itu menjadikan jumlah kesemua 152 orang pesakit positif Covid-19 di negeri Kelantan sembuh secara keseluruhan,” katanya melalui satu kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini.

Beliau turut meminta rakyat supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa empat sehingga 12 Mei depan.

“Amalkan penjagaan kebersihan diri serta ahli keluarga demi kesejahteraan bersama.

“Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan dan semua pihak atas kerjasama yang diberikan,” katanya.

Dr Izani turut berdoa agar pandemik Covid-19 segera berakhir.

“Semoga dengan keberkatan bulan Ramadan ini menjadikan negeri Kelantan dan negara kita Malaysia bebas daripada wabak Covid-19. Insya-ALLAH,” katanya.

Artikel Berkaitan: