Pasar Awam Bahau, kawasan sekitar dikenakan KKK

Operasi nyahkuman di sekitar Pasar Awam Bahau.
Operasi nyahkuman di sekitar Pasar Awam Bahau.
A
A
A

JEMPOL - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Jempol mengumumkan Kawasan Kawalan Khas (KKK) di kawasan Pasar Awam Bahau dan premis di sekitarnya serta menutup semua aktiviti dan pergerakan orang ramai sehingga 10 Mei depan.

Pengerusi JPBD Jempol, Syahrul Nizam Saleh berkata, kawasan itu kini diletakkan di bawah kawalan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan.

"Seramai 36 orang yang berada di lokaliti KKK yang terdiri daripada 13 buah rumah tidak dibenarkan untuk keluar daripada tempat tinggal.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyediakan bantuan makanan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Syarul Nizam berkata, KKK dilaksanakan selepas salah seorang peniaga di Pasar Awam Baharu disahkan positif Covid-19 dan tindakan itu bagi bagi mengawal penularan kes daripada kluster Pasar Borong Selayang ke daerah Jempol.

"Seramai 191 individu telah menjalani saringan dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah Jempol semalam dengan 130 sampel diambil termasuk 35 kontak rapat dan 14 penduduk dari rumah kedai berhampiran," katanya.

Dalam pada itu Syarul Nizam berkata, sebagai tindakan lanjut, kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi premis-premis telah dimulakan semalam oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta agensi lain yang berkaitan.

Artikel Berkaitan:

Pasar Awam Bahau dan premis di sekitarnya ditutup sehingga 10 Mei depan.
Pasar Awam Bahau dan premis di sekitarnya ditutup sehingga 10 Mei depan.

"Penutupan jalan raya untuk memasuki pekan Bahau di kilometer 0.5 Jalan Rompin-Bahau dilanjutkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat manakala kuarantin berpusat akan dilaksanakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau sekiranya bilangan pesakit di bawah pemantauan (PUI) adalah ramai.

"Bagaimanapun ketetapan PUI ditempatkan di pusat kuarantin atau kuarantin di rumah akan ditentukan oleh Pegawai Kesihatan Daerah," katanya.

Syarul Nizam turut menegaskan peniaga-peniaga dan peruncit tidak dibenarkan membawa masuk bekalan barang basah dari Pasar Borong Selayang berkuat kuasa serta merta.

"Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dipertanggungjawabkan untuk menyediakan bekalan dan lokasi alternatif kepada peruncit dan petani yang terlibat dalam urus niaga di Pasar Awam Bahau bagi memastikan bekalan bahan mentah tidak terputus," katanya.

Sementara itu katanya, orang ramai pernah berurusan di Pasar Awam Bahau baru-baru ini, tetapi tidak tergolong dalam kontak rapat hanya perlu melakukan kuarantin sendiri di rumah selama dua minggu dan sekiranya mempunyai gejala, sila dapatkan khidmat nasihat daripada klinik kesihatan berdekatan.

ARTIKEL BERKAITAN Peniaga positif Covid-19, pasar awam Bahau tutup 14 hari