X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Wanita hamil jalan kaki ke JB dengan anak 2 tahun

Jessie dan anaknya terpaksa jalan kaki pulang ke Johor Bahru.
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang wanita hamil terpaksa berjalan kaki selama 40 minit menyeberangi Tambak Johor dari Singapura ditemani anak berusia dua tahun selepas pas lawatan anaknya tidak dilanjutkan.

Jessie berkongsi kisah pilu itu di Facebook miliknya dan dimuat naik portal World of Buzz sebelum tular di laman sosial.

Katanya, perjalanan mengambil masa 6 jam dari Singapura ke Kastam Johor, Imigresen dan Kompleks Kuarantin termasuk 40 minit berjalan kaki menyeberangi Tambak Johor.

Menurutnya, dia telah membuat permohonan permit kemasukan dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura pada 23 April dan menerima respon pada 25 April.

Beliau yang juga guru pendidikan awal kanak-kanak menjelaskan bas Malaysia yang diatur untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Singapura akan tiba pada 2 Mei.

Justeru, beliau terpaksa pulang ke Johor dan berasa sedih melihat anaknya perlu berjalan kaki.

"Saya mulakan perjalanan dari Singapura sekitar jam 8 pagi. Disebabkan hamil, saya terpaksa melihat anak berjalan jauh.

"Sebaik tiba, kami jalani pemeriksaan kesihatan oleh petugas perubatan dan dibawa ke sebuah hotel di Johor untuk jalani kuarantin." katanya suami bekerja dan tidak dapat menemaninya.

Jessie yang selamat tiba semalam melahirkan rasa gembira kerana bilik hotel penginapan selesa dan bersih.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!