X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 04 Disember 2021

Masyarakat perlu terap norma kehidupan baharu

Dr Noor Hisham. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Masyarakat perlu bersedia untuk terus menerapkan norma kehidupan baharu iaitu amalan jarak sosial yang selamat dan menjaga kebersihan diri bagi memastikan penularan jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) dapat diputuskan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini hanya kedua-dua amalan tersebut boleh menjadi vaksin dalam memerangi wabak tersebut.

Menurutnya, ini kerana usaha untuk memerangi musuh tersembunyi itu tidak hanya boleh bergantung kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula dilaksanakan oleh kerajaan 18 Mac lalu iaitu kawalan pergerakan dan kawalan sempadan semata-mata.

"PKP tidak boleh menghapuskan Covid-19 sepenuhnya. Malahan masyarakat perlu bersedia menghadapi virus ini untuk tempoh yang lebih panjang.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneruskan aktiviti-aktiviti pembendungan dan pengawalan. Meskipun begitu, penglibatan aktif rakyat adalah amat penting sekali," katanya pada sidang akhbar di kementeriannya sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, norma kehidupan yang baharu itu perlu diterapkan ke semua peringkat masyarakat agar ianya terus menjadi amalan dalam kehidupan.

"Seperti yang KKM telah tekankan selama ini, perjuangan kita menentang Covid-19 iaitu musuh yang tidak kelihatan ini masih panjang dan usaha kita perlu berterusan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!