X

Kindly register in order to view this article
!

Pergerakan rentas negeri pelajar IPT di Pahang bermula esok

Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan
A
A

KUANTAN - Pahang memulakan kebenaran perjalanan rentas negeri pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terkandas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) esok.

Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, pergerakan bagi negeri ini diselaraskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang di bawah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).

"Esok saya akan berada di Universiti Malaysia Pahang sempena pelepasan pelajar. Untuk makluman permohonan awal pergerakan merentas negeri ini diberikan khas kepada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS dahulu.

"Permohonan lain-lain kategori belum diproses lagi. Jika dibuka nanti kita akan utamakan kepada yang terperangkap awal sejak 18 Mac. Setakat ini permohonan lain PDRM Pahang belum proses lagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

PDRM menerima kira-kira 300,000 permohonan permit pergerakan antara negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tempoh 12 jam melalui aplikasi Gerak Malaysia dan angka tersebut dijangka meningkat menjelang 1 Mei.

ARTIKEL BERKAITAN: SOP baharu kebenaran pulang dari kampung ke bandar


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!