Trump sibuk terima 50 panggilan sehari

Trump sedang mendengar ucapan Mnuchin. Kredit foto New York Post.
Trump sedang mendengar ucapan Mnuchin. Kredit foto New York Post.
A
A
A

WASHINGTON- Staf Rumah Putih menolak laporan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menghabiskan hari-harinya menonton liputan TV dan makan kentang goreng sebaliknya mengatakan Trump bekerja sepanjang masa.

Menurut New York Post, pembantu Trump berkata, bahawa jadual Presiden itu terlalu padat semenjak penularan wabak koronavirus (Covid-19) sehingga dia membuat lebih 50 panggilan berkaitan kerja dalam sehari.

“Keprihatinan terbesar saya sebagai ketua staf yang baharu adalah memastikan Presiden mendapat sedikit masa untuk makan,” kata Ketua Staf Rumah Putih, Mark Meadows berikutan Trump juga dikatakan tidak sempat meluangkan sedikit masa untuk makan tengah hari.

Mark juga memberitahu, bahawa baru-baru ini dia tidak menjangkakan dihubungi Trump pada jam 3.19 pagi kerana sedang tidur pada waktu berkenaan.

“Presiden akan masuk dan makan tengah hari di luar Pejabat Oval dan sering kali terganggu dengan beberapa panggilan telefon,” tambahnya lagi.

Pada masa sama, seorang pegawai Rumah Putih yang lain berkata, Trump tidak makan tengah hari selama beberapa hari.

“Ada kalanya dia tidak memikirkan makan tengah hari. Kebanyakan masanya sama ada tiada langsung waktu

Artikel Berkaitan: